Thursday, October 9, 2008

assignment daa

1. PENGENALAN

Dalam arkitektur, bidang landskap bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen secara terancang dalam suatu plan komprehensif. Lanskap membabitkan elemen-elemen topografi seperti bukit bukau, lembah, sungai dan kolam atau penanaman pokok, rimbunan hijau, rumput, bunga dan sebagainya.
Pendek kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah adalah satu percubaan untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa pada skala lebih kecil dan terkawal. Kerja landskap memang sudah menjadi amalan sejak dulu. Namun pendedahan terhadap konsep-konsep atau seni-seni landskap dari budaya-budaya berlainan, menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik.. Landskap yang direka sesuai dan mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati.

Masyarakat secara umumnya mengaitkan bidang seni bina lanskap sebagai mereka yang sentiasa terlibat dalam penanaman tumbuh-tumbuhan seperti tukang kebun dan seumpamanya. Istilah lanscape gardner atau tukang kebun landskap telah dicipta oleh William Shenstone pada 1754. Manakala istilah seni bina landskap (lanscape architect) pula telah dicipta oleh Gilbert Laing Meason pada tahun 1828. Ini menunjukkan bidang seni bina landskap ini telahpun wujud sejak abad ke 18 lagi.

Namun begitu, kini bidang seni bina landskap telah berkembang dan diterima sebagai suatu profesion yang profesional seperti doktor, peguam dan seumpamanya. Pelbagai pengkhususan telah wujud dalam seni bina landskap ini seperti jurutera seni bina, pengurus landskap, saintist landskap dan pereka bentuk taman.
.


2. ELEMEN REKABENTUK

Dalam usaha mewujudkan landskap untuk kediaman yang mampu merealitikan suasana semula jadi, pelbagai perkara perlu diambil kira supaya segalanya berjalan seperti dirancang.
Pemilihan tananam seperti pokok renek bertekstur halus digalakkan kerana berupaya membuatkan kawasan yang terhad kelihatan luas dan sebaliknya. Ada beberapa elemen reka bentuk yang perlu diketengahkan dan digabungkan bersama bagi meningkatkan daya tarikan, tumpuan pemandangan dan nilai estetika kawasan landskap.

Terdapat 5 elemen reka bentuk yang harus dititik beratkan dan diberi perhatian untuk menghasilkan kawasan landskap iaitu:


2.1 Warna

Warna merupakan elemen terpenting di dalam menghasilkan landskap kerana warna dapat menarik perhatian kepada suatu tanaman atau gabungan tanaman serta mempengaruhi perasaan terhadap landskap dan menimbulkan suasana tempat. Warna yang menarik dan cantik akan dapat mempengaruhi perasaan seseorang manusia dari segi mood dan ketenangan jiwanya. Jadi tidak salah jika dikatakan bahawa penggunaan warna dan kombinasinya yang sesuai merupakan elemen terpenting dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk yang terbaik.

Terdapat 2 bentuk warna yang digunakan dalam reka bentuk iaitu warna asas (latar belakang) dan juga warna tumpuan. Manakala jika dilihat dari sudut penggunaan warna dalam sesuatu reka bentuk, ianya boleh dikelaskan kepada 3 bahagian utama, iaitu ;


2.1.1 Monokromatik (Satu warna)
Diantara penggunaan komposisi warna, penggunaan warna monokromatik dirasakan lebih aman kerana dapat menghindari dari kesalahan pemilihan warna dan mempermudah dalam pemilihan komposisi warna pada layout sebuah laman. Monokromatik ini adalah salah satu metode dari “color harmony” atau “color matching” yang sering digunakan untuk memilih warna.

Warna monokromatik boleh didefinisikan sebagai suatu warna yang diperoleh dari hasil gradasi dari warna yang kita pilih terhadap warna gelap dan terang dari warna tersebut. Namun begitu jika dilihat dari sudut reka bentuk seni bina landskap, warna monokromatik lebih menjurus kepada suatu warna yang sama kepada warna tumbuh-tumbuhan yang lain.


2.1.2 Komplimentari (Satu warna utama dengan sedikit warna setanding)

Merujuk kepada seni bina landskap ini, ternyata ia memiliki bahagian pokok yang bersifat komplimentari, berbagai aneka bentuk, corak, dan warna. Secara keseluruhannya, landkap ini berwarna hujau, tetapi terdapat juga pohon yang berwarna seakan-akan kuning, tetapi menyerlah.

Landskap yang berkonsepkan Inggeris ini kelihatan ceria dengan gabungan 2 jenis warna hijau dan kuning yang seakan-akan hijau. Ditambah pula dengan ketulan batu besar yang menyokong dari segi keseimbangan lanskap ini.


2.1.3 Beraneka warna (Penggunaan berbagai jenis warna)

Sesetengah warna apabila digunakan bersendirian akan menampakkan kebosanan. Akan tetapi ia akan menjadi lebih hidup dan ceria jika digandingkan dengan warna lain. Misalnya, warna hijau dan merah akan menjadi lebih menarik jika digandingkan bersama dan sekaligus menghilangkan kebosanan dan mampu meningkatkan mood dan persepsi sesiapa yang menilainya. Penggabungan warna atau penggunaan warna yang pelbagai perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mewujudkan sesuatu kesan yang tepat dengan mesej atau subjek.


2.1.4 Ciri-ciri warna
Merah - Menarik, positif, cergas, garang (agresif), menyenangkan
Kuning - Riang, menyenangkan hidup, ceria, melambangkan
warna kebesaran
Ungu - Mengagumkan, kaya dan mantap
Putih - Positif, suci dan setia
Hitam - Sedih, ketakutan, kejahatan, tertekan dan suram
Biru - Sejuk, tenang, pasif, ketenangan, kesucian dan cinta
abadi
Hijau - Kesegaran, keremajaan, kedamaian, kesetiaan,
keagamaan dan semula jadi

Warna boleh memberi kesan sama ada lembut atau segar pada taman. Tidak dinafikan elemen ini paling sukar hendak diaplikasikan dalam sesebuah taman. Warna boleh mengubah mood dan saiz taman. Ia memerlukan kombinasi warna lain yang sepadan. Di sini diberikan beberapa kriteria yang perlu diberi perhatian:

· Untuk mendapat suasana dramatik, cuba dengan warna gelap. Warna ini mampu memberi impak di bawah cahaya matahari.
· Putih dikatakan warna versatile bagi semua warna dan sesuai digandingkan dengan apa juga warna. Ia memberi suasana lebih serah dan ceria pada taman.
· Kuning terang memberikan impak kuat berbanding warna lain. Mata akan terus memberi tumpuan kepada warna kuning berbanding warna lain.
· Warna pudar seperti merah jambu lembut menceriakan sudut taman yang gelap atau ruang taman terlindung.
· Warna panas seperti merah, oren dan kuning terang menambahkan kehangatan di taman.
· Bagi yang mengimpikan ketenangan, kombinasi warna bumi seperti hijau, bitu dan ungu dengan warna berani mampu merealisasikannya.
· Jingga tidak begitu sesuai dipadankan dengan merah jambu tetapi tampak menarik digandingkan dengan rona kuning, biru atau ungu.
· Gunakan pokok yang mempunyai warna daun menarik selain hijau terutama pada musim tidak berbunga.


3.1 Tekstur

Elemen seterusnya bagi penghasilan landskap ialah tekstur. Biasanya tekstur ini dilihat dari rupa bentuk sesuatu senibina landskap itu sendiri disamping rupa ppokok, batang dan daunnya. Misalnya tanaman yang bertekstur halus memberi persepsi jauh manakala tanaman yang bertekstur kasar memberi kesan dekat.


Tekstur bagi rekabentuk landskap berkaitan dengan kesan penglihatan terhadap kualiti permukaan iaitu samalah seperti rasa halus atau kasar pada suatu benda yang kita sentuh.


4.1 Bentuk

Bentuk merupakan sesuatu yang terhasil daripada garisan yang melingkungi sesuatu objek. Ianya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu dua dimensi (shape) dan tiga dimensi (form).



Setiap tumbuhan mempunyai bentuk semula jadi yang boleh diketengahkan dalam satu reka bentuk. Di mana terdapat bentuk seperti bulat, bujur, tiga segi menjalar dan sebagainya. Di samping, bentuk tumbuhan yang di kombinasikan akan menghasilkan bentuk yang lebih geometri.

Bagi ruangan yang sempit, bentuk lonjong adalah sesuai berbanding dengan bentuk bulat dan rendang. Berbeza dengan elemen-elemen yang lain, bentuk lebih memerlukan ruang yang lebih. Oleh itu, kita perlu menggunakan kemahiran untuk menguasai ruang yang biasanya terhad dengan cara yang terbaik.


5.1 Garisan

Garisan adalah penghubung antara beberapa titik yang menghasilkan garisan seperti bulat, lonjong dan segi. Gubahan boleh berbentuk geometri di mana garisan yang dibuat adalah berkeadaan rigid atau jelas serta memberi kesan visual yang lebih padat. Gubahan berbentuk semula jadi, garisan tidak berapa jelas atau fluid dan menghasilkan kesan yang agak bebas.
Untuk mewujudkan garisan geometri, kita boleh menggunakan tumbuhan yang disusun secara selari pada jarak tertentu atau dirapatkan pada laluan bangunan di antara tiang-tiang.

6.1 Tumpuan (Focal Point)

Sesuatu seni reka landskap yang cantik biasanya dikaitkan dengan tumpuan atau ‘focal point’ yang mana ianya merupakan penggabungan seni reka landskap dengan suatu daya tarikan yang berwarna terang, skulptur atau tanaman, gubahan dan susunan menarik. Tumpuan dalam landskap boleh direka melalui tanaman yang pelbagai tekstur bentuk skulptur dan struktur seni bina bergantung kepada pemilik landskap itu sendiri setelah berunding dengan pelukis dan kontraktor landskap.



3. KAEDAH PEMBIAKAN

Pembiakan ialah proses biologi untuk melahirkan organisma yang baru. Ia merupakan ciri yang asas bagi kesemua hidupan yang diketahui. Setiap organisma wujud sebagai hasil pembiakan. Kaedah-kaedah pembiakan boleh digolongkan kepada dua jenis yang utama: Pembiakan seks iaitu pembiakan melalui biji benih dan pembiakan aseks, iaitu pembiakan vegetatif.

3.1 Pembiakan biji benih

Pembiakan biji benih
(Pembiakan seks)

Tumbuhan yang dibiakkan melalui biji benih tidak semestinya menjadi baka yang baik, walaupun ianya diambil dari benih yang baik. Ianya boleh berbeza dari segi rupa, bentuk dan warna. Sesetenngah spesis tumbuhan agak sukar tumbuh daripada biji benih. Maka dengan sebab itu, sesetengah tumbuhan yang dibiakkan melalui biji benih, mengambil masa yang agak lama.

Walau bagaimanapun, terdapat 4 faktor persekitaran yang mempengaruhi percambahan biji benih, iaitu air, cahaya, suhu dan oksigen yang mencukupi.


3..2 Pembiakan vegetatif

Kaedah tut pokok
(Pembiakan aseks / vegetatif)

Pembiakan vegetatif ialah kaedah pembiakan pokok dan tumbuhan dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok seperti batang, dahan, ranting, akar dan sebagainya. Pembiakan seumpama ini disebut sebagai pembiakan tidak mengawan atau pembiakan yang tiada hubungannya dengan jantina.

Pembiakan vegetatif hanya boleh dilakukan pada pokok yang tidak mengeluarkan biji benih, atau biji benih yang sukar diperolehi seperti bunga raya, pokok kelapa dan sebagainya. Pembiakan vegetatif boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah seperti keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan sebagainya.


4. KAEDAH TUT (MARCOTTING)
Tut atau marcotting ialah teknik membiak yang digunakan untuk tumbuhan yang sukar membiak daripada keratan batang atau daun. Dalam Bahasa Inggeris teknik ini dipanggil ‘air layering’.

4.1 Tanaman yang dipilih

Pokok yang dipilih untuk projek ini ialah pokok rambutan atau nama saintifiknya ‘Nephelium lappaceum’. Lokasi pokok rambutan ini ialah dikampung Selekoh, Bagan Datoh Perak.

4.2 Alatan yang diperlukan
Pelbagai alat dan bahan yang diperlukan bagi tujuan pembiakan pokok rambutan ini.
Pisau
Tali rafia
Plastik
Tanah lembab

4.3 Langkah kerja pembiakan

Sebelum kerja pembiakan tut pokok rambutan ini dijalankan, perkara utama yang perlu diambil perhatian ialah pokok itu sendiri, yang mana ianya mestilah berada dalam lingkungan hayat yang sihat dan tidak berpenyakit. Setelah itu, pastikan alatan dan bahan yang diperlukan bagi kerja-kerja tersebut lengkap.

Teknik ini membolehkan akar bertumbuh pada batang ketika ia berpaut pada ‘ibu’ pokok. Andaiannya ialah akar akan tumbuh apabila sesuatu bahagian pada batang dipaksa bertemu dengan tanah atau apa jua bahan yang menggalakkan pertumbuhan akar seperti habok papan.

Langkah pertama ialah memotong bahagian batang ranting pokok dengan menggunakan pisau yang tajam. Potong batang pokok secara menyerong sepanjang 2 hingga 5 sm. Kemudian selitkan satu batang macis kedalam potongan itu untuk menghalang tumbuhan itu daripada menyembuh potongan berkenaan.

Langkah seterusnya ialah buang daun dan ranting yang berdekatan dengan potongan tersebut. Boleh juga disapukan baja pada torehan tersebut dengan tujuan mempercepatkan proses pertumbuhan akar pada batang pokok. Balut potongan tersebut dengan sabut kelapa yang lembab atau tanah yang lembab dan ikat dengan plastik.

Selepas beberapa minggu, akar mula tumbuh pada bahagian batang kayu yang telah di ‘tut’. Setelah itu, buang balutan plastik dan potong bahagian batang tersebut dan tanamnya dalam komposisi tanah yang sesuai.

Penulis bersama pokok rambutan yang telah dibiakkan melalui
proses tut (marcotting)

5. PENUTUP
Kesedaran memelihara dan memulihara alam kian menular di jiwa masyarakat. Resah di kelilingi ‘hutan konkrit’, alternatif yang memberikan ketenangan minda dicari. Atas kesedaran itulah maka terbina pelbagai rekabentuk landskap yang pelbagai rupa dan bentuk.

Melalui kewujudan seni landskap, masyarakat akan mencintai dan menghargai alam khususnya membabitkan generasi akan datang apatah lagi pada saat pemanasan global sedang hangat diperkatakan. Sebagai masyarakat prihatin, kita harus berganding bahu memastikan alam sekitar terpelihara untuk tatapan anak cucu.

Ilmu tentang seni rekaan landskap dan persekitaran ini mampu menjana dan memberi ruang pasaran baru kepada pengusaha dalam industri landskap di samping membantu memperkembang dan membangunkan industri landskap secara khusus dan peluang ekonomi secara keseluruhannya.

Landskap mampu memupuk dan menyemai semangat kekeluargaan melalui aktiviti rekreasi di samping menyemai nilai dan gaya hidup masyarakat sihat.



Rujukan

Md Nasir Ibrahim, Prof. Madya Iberahim Hassan (2003) Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti, PTS Publications & Distribution Sdn Bhd.

Mustafa Kamal Mohd. Shariff, (1989), Hortikultur Hiasan dan Landskap, Shah Alam: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Open Universiti Malaysia, (2007), HBAE3203 Seni Rekaan Landskap dan Persekitaran, Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd

http://members.fortunecity.com/mantis3/Asrin.htm

http://www.bharian.com.my/

http://www.gillespies.co.uk/services/Landscape_Design/

http://www.heliumtrdg.com/images/landscaping_boulder.jpg

http://www.plant-care.com/images/landscape-stones.jpg

http://www.senihias.com/page.php

http://www.flickr.com/

No comments: